Mencari redhaNya

Im smiling :)
Sunday, 27 May 2012 | 14:30 | 0 comments


Hii. Assalamualaikum.

Lama rasanya tak update blog. Biasalah, bakal perdana menteri. Busy je memanjang :)

Alhamdulillah, selamat sampai rumah dari kenduri kahwin cikgu juliana. Ya Allah, tadi tengok dorang, sweeeeet sangat sangat. Jealous. Serious! :')

In about a month jugaklah kan tak update blog. Rasanya hari ni, aku nak luahkan serba sedikit apa yg dah lama aku tanggung. Sejak kebelakangan ni, aku dilanda kesedihan yg amat :) Terlalu sedih sampai rasa tak boleh nak menangis dah.
Cuma Allah je tahu betapa sakitnya dan derita nya aku tanggung semua ni.

Seseorang yg beriman, tidak pernah menunjukkan kesedihan mereka di hadapan orang. Sebab mereka ada Allah. That's what i felt too :)
Semalam aku dah buat kesalahan. Aku tak sepatutnya pilih dia sebagai tulang belakang aku. Sejak kebelakangan ni juga, aku dapat lihat perubahan dia :)
Dan disebabkan perangai dia mcm tu, aku telah buat banyak sangat sangkaan. Terlalu banyak. Aku dah terlalu banyak fikir tentang perkara ni. Sakit kepala ni rasa.

 Semalam aku muhasabah diri selama 35 minit. Aku luangkan masa sepenuhnya dengan Allah untuk luahkan semua yg aku tanggung tanpa menyiakan sesaat pun.
It's really worth it. Aku dpt ketenangan itu :)

Tapi apa yg aku dpt ialah, aku tiba-tiba terfikir satu benda ni. Iaitu redha. Dan redha itu ialah perkara yg paling susah nak dibuat. But i think i deserve this. Aku terlalu menekan dia sangat, Kesian dia. Dahlah busy tu, busy ni. Takkan nak expect dia layan aku je kan? Ya, memang aku fikirkan tu.

Sebab itulah kadang kadang aku tak beberapa kisah sangat. Pernah aku terfikir yg dia dah jumpa bunga yang lain :) Jahat kan? Sampai mcm tu sekali aku fikir. Tidak mengapalah farah. Just pegang kata-kata ni. Lupakan lah dia seperti mana dia lupakan kau. Anggap lah dia seperti mana dia anggap kau :)

Cuma Allah je tahu betapa dalamnya perasaan aku terhadap dia. Like i said before, mencintai seseorang tidak bermakna harus memilikinya. :) Sudahlah farah. Jalankanlah tanggungjawab kau sebagai seorang pelajar, seorang anak dan seorang hamba Allah. Ketepikan yg lain. Tabahkan diri. Cekalkan hati. Ukirkan senyuman yg boleh munutup beribu ribu kesakitan.

Akhir kata, assalamualaikum.



Older Post | Newer Post
Written by


---------------------------------------------------------
The mouth is shut, and that's when my mind started to speak.